Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bersama PAS Hanya Akan Pecahkan Undi - Mahathir

Loading...

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menangkis kenyataan bahawa parti berkenaan perlu menyertai blok pembangkang bersama PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jelas bekas perdana menteri itu, sekiranya BERSATU bersama PAS, maka ia akan memberi peluang kepada BN untuk menang dalam pilihan raya ekoran perpecahan undi. "Aritmetik (perkiraan), itu tidak benar. Jika kita pergi bersama PAS, mereka (DAP) akan menjadi pembangkang dan kita perlu lawan tiga penjuru dan ia akan pecahkan undi. "Dan ia akan menyebabkan BN menang," katanya pada sidang media selepas sesi meja bulat 'Selamatkan Malaysia' di Petaling Jaya, hari ini. Ahad lalu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda jika PKR dan BERSATU meninggalkan Pakatan Harapan serta menyertai blok ketiga parti Islam berkenaan. Kata timbalan menteri besar Kelantan itu, peluang untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 akan lebih terbuka sekiranya dua parti berkenaan menyertai blok pembangkang PAS. PAS sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan tetapi masih terbuka sebarang kemungkinan dengan BERSATU. BERSATU kini dalam rundingan bersama PAS bagi memastikan perlawanan satu lawan satu antara pembangkang dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Loading...
Back To Top