Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[PEMBANGKANG MINTA TARIK BALIK] KM Melaka, Idris Haron kata Tidak Mustahil Melaka jadi WP

Loading...

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dibidas kerana berkata, tidak mustahil untuk merealisasikan cadangan menjadikan Melaka sebagai Wilayah Persekutuan berlaku dalam tempoh yang lama.

Ketua Pembangkang Melaka Khoo Poay Tiong berkata negeri itu mempunyai sejarah lebih 600 tahun, lama sebelum Tanah Melayu atau Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

"Bagaimana dia boleh membuat kenyataan tidak menolak kemungkinan Melaka menjadi wilayah persekutuan.

"Negeri Melaka seperti yang kita tahu akan hilang bersama-sama dengan sejarah yang lama. Ia tidak boleh diterima," katanya.

Khoo sehubungan itu, menuntut Idris menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Idris dalam kenyataannya semalam berkata tidak mustahil untuk direalisasikan cadangan itu, namun ia dilihat bakal mengambil tempoh yang lama untuk menjadi kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata beliau mahu melihat Pulau Pinang, sebahagian Melaka dan Langkawi, di Kedah menjadi Wilayah Persekutuan. - MK
Loading...
Back To Top